5 Ogos 26 – Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah melaksanakan Kunjungan Hormat ke atas Yang Terutama Ms Danielle Heinecke, Duta Australia di Malaysia dan Lt Col Glenn Sheridan, Penolong Penasihat Pertahanan Australia di Official Residence of the Australian High Commisioner. Turut serta ialah Kol Ahmad Zamil bin Mohamad Nor, Ketua Pengajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa (KEPSHA) dan Mej Muhammad Hafiz bin Humam, PS 2 Koord MPAT.
Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan tersebut ialah lawatan Regional Field Study oleh MPAT ke Australia pada 16 Ogos 26, MOU antara PUSPAHANAS dengan Australia Defence College (5 Years Plan), penugasan wakil dari Australia untuk modul MSPP dan hal-hal lain berkaitan hubungan ketenteraan dua hala Malaysia-Australia.
Kunjungan tersebut dipercayai telah berjaya mengeratkan lagi hubungan dua hala ketenteraan antara Malaysia dengan Australia yang telah sekian lama wujud.
Galeri Lawatan





