Sambutan Hari Kebangsaan Amerika Syarikat (USA) di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) telah dianjurkan oleh Leftenan Kolonel Jonathan C. Stafford, Peserta Kursus Antarabangsa dari Amerika Syarikat, bertempat di Dewan Trisakti pada 7 Julai 2026.
Majlis sambutan tersebut telah diserikan dengan kehadiran Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak, bersama-sama Ahli Fakulti dan para Peserta Kursus MPAT Kohort 46/2026.
Sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Amerika Syarikat, diikuti dengan taklimat ringkas mengenai negara Amerika Syarikat.
Majlis diakhiri dengan upacara pemotongan kek bersama-sama Ahli Fakulti sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan Amerika Syarikat.






