Sentuhan Pastel dan Kemeriahan Ladies’ Green Escape BAKAT MPAT 2026

Diterbitkan
15
August 2026

15 Ogos 26 – Suasana hijau nan permai di Bustan Inggeris, Taman Saujana Hijau, Putrajaya telah menjadi saksi penganjuran program Ladies’ Green Escape (LGE) 2026 anjuran BAKAT MPAT Kohort 46/2026. Program rekreasi eksklusif yang dihadiri meriah oleh Pengerusi BAKAT MPAT, Pn. Alisham binti Hj. Mohd Ali, bersama barisan jawatankuasa dan ahli BAKAT ini dianjurkan khas bagi melapangkan fikiran (recharge), memperkukuh ukhuwah dalam suasana yang santai dan penuh harmoni.

Laman berlatarbelakangkan pokok pine bertukar menjadi seolah-olah taman istana klasik yang mempesonakan hasil sentuhan kreativiti setiap sindiket. Keunikan penataan sajian (plating), hiasan tikar piknik yang estetik, serta keanggunan para peserta mengenakan busana bertemakan Pastel Modest Regency lengkap bersama topi sunhat nyata menyemarakkan lagi estetika gaya English Garden Picnic sepanjang majlis berlangsung.

Diterajui oleh Sindiket 2 di bawah kepimpinan Pn. Elin Azlin binti Kamarulzaman selaku Ketua Penganjur, program ini menjadi medan kebersamaan menerusi limpahan juadah potluck yang menyelerakan dan alunan melodi akustik yang menenangkan. Pengisian sukaneka santai dan cabutan bertuah turut menyuntik kegembiraan serta gelak tawa, sekali membangkitkan semangat kekeluargaan sesama ahli BAKAT MPAT adalah teras utama kejayaan acara ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Pelaksana serta seluruh ahli BAKAT MPAT Kohort 46/2026 yang menjayakan perhimpunan ini. Semoga memori manis yang dicipta bersama di bawah lindungan pepohonan hijau ini terus terpahat di hati dan jalinan kemesraan kekal mekar kukuh serta berpanjangan.

Galeri Program

Berita Lain

Scroll to Top