Komandan MPAT menyampaikan plak cenderamata ketika lawatan hormat ke Kedutaan Belanda

Lawatan Hormat ke Kedutaan Belanda

Sorotan Aktiviti

Lawatan Hormat ke Kedutaan Belanda

Komandan MPAT telah mengadakan lawatan hormat ke atas Duta Belanda ke Malaysia di Kedutaan Belanda pada 10 Mac 2026.

Komandan MPAT, Laksamana Pertama Mohd Shariman bin Ishak telah melaksanakan Kunjungan Hormat kepada Ambassador of the Netherlands to Malaysia, His Excellency Ambassador Jacques Werner di Embassy of the Kingdom of the Netherlands in Malaysia.

Kunjungan Hormat ini juga sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama strategik dalam bidang keselamatan dan pertahanan, khususnya dalam aspek pendidikan serta kajian strategik pertahanan.

Selain itu, perbincangan yang diadakan turut menyentuh mengenai perancangan lawatan delegasi MPAT ke Belanda sebagai platform untuk memperluaskan jaringan kerjasama, perkongsian pandangan strategik serta pertukaran pengalaman antara kedua-dua pihak.

MPAT amat menghargai komitmen Kedutaan Kerajaan Belanda dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara Malaysia dan Belanda, selaras dengan usaha bersama dalam menyokong keamanan dan kestabilan di peringkat serantau dan antarabangsa.

Scroll to Top