Majlis pembukaan Kursus MPAT Kohort 46/2026 di dewan kuliah, dengan peserta kursus berpakaian seragam

Pembukaan Kohort 46/2026

Sorotan Aktiviti

Pembukaan Kohort 46/2026

Majlis pembukaan Kursus MPAT Kohort 46/2026 menandakan permulaan kursus bagi peserta kohort ini.

Pada 5 Jan 26 secara rasminya telah bermula Kursus MPAT Kohort 46/2026 dan dihadiri oleh 60 orang pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia termasuk Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dan 8 orang Peserta Kursus Antarabangsa dari negara India, Indonesia, Thailand, Saudi Arabia, Oman, Amerika Syarikat, Turkiye dan China. Majlis pembukaan kursus dirasmikan oleh Laksma Hj Shahriman bin Hj Mahmud, Komandan MPAT pada 5 Jan 26 di Dewan Trisakti. Majlis pembukaan ini dihadiri oleh semua Pegawai Staf dan juga Peserta Kursus MPAT Kohort 46/2026.

Scroll to Top